lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Tuesday, December 8, 2009

Matang

Sumber : The Letter of Avicenna, issue 06, The Letter of Avicenna merupan majalah rasmi bagi PERUBATAN Cawangan Iskandariah.


Yang matang itu yang tua?

Bak buah kelapa, yang matang itu yang coklat kulitnya, yang umbutnya penuh tempurung, yang isinya lebih kejap dan tebal, dan yang jika diletakkan di tanah, akarnya selari mencengkam tanah.

Kita ? Yang tua itu yang berkedut-kedut wajahnya, yang putih rambutnya, dan bertongkat jalannya. Namun daripada segi kematangan, bukan itu kayu ukurnya, bukan tipikal lebih tinggi umurnya itu lebih matang dirinya berbanding yang umur yang lebih bawah. Tetapi yang matang itu digambarkan sebagai sesuatu yang lebih abstrak. Iaitu yang tiada dicatatkan pada mana-mana papan markah mana-mana peperiksaan.

Nilai matang itu dilihat apabila seseorang itu mampu untuk membuat satu tindakan bijak, yang sesuai pada masanya ketika berhadapan dengan suasana yang mampu membuatkan beliau stress. Matang itu apabila tiba musim peperiksaan, orang yang matang pastinya mampu membaca buku dengan tertib tanpa perlu mengabaikan kewajipan seharian yang lain. Matang itu apabila ditimpa musibah, masih mampu menghadapi dengan sabar dan rasional apabila diminta memberikan pendapat. Matang itu juga ialah yang sedar yang dia bukanlah kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan fungsi akal yang mumaiyyiz utk menentukan hala tuju hidupnya.

Lantas yang menggelar dirinya sebagai yang matang tentunya apabila menjadi seorang mahasiswa, dia menjadi mahasiswa yang mampu berfikir sebagai seorang yang dewasa, yang mampu menimbangkan baik buruk sesuatu perkara kepada diri sendiri, yang jelas hakikat hidupnya yang lepas dan yang akan datang, yang bukan menjadi polisteren di atas muka air yang laju. Dia mampu untuk menggariskan hidupnya tanpa mudah dilarikan arus seperti polesteren di atas muka air tadi.

“Kefahaman yang mematangkan” atau “kematangan yang memahamkan?”

Jangan terjerat lagi dengan kata-kata : “nanti kamu besar kamu fahamlah..” atau “ kamu muda lagi untuk semua ini..”. kerana untuk beberapa perkara, memanglah ayat ini sesuai pada tempatnya seperti apabila minta untuk “jaga anak orang” sedangkan diri sediri masih terkontang-kanting mencari makna hidup.

Tapi jika ayat ini diajukan kepada persoalan bersifat intelektual, bersifat falsafah, pemikiran dewasa berkenaan isu semasa dan krisis dunia, maka hal ini perlulah didalami oleh setiap mahasiswa yang matang fikirannya. Kerana dari sini, dia mampu untuk mengaplikasi segala pengalaman dan pengetahuannya dalam mengatur strategi kehidupan. Tahu banyak perkara itu penting kerana storage otak kita tidak terhad seperti external hard disk yang mana kalau mahu menyimpan cerita-cerita rangkai yang panjang, perlu dipilih mana yang lebih berbaloi untuk ditonton bukan?

Jangan takut jika diajak untuk berfikir tentang sesuatu perkara yang mungkin berbeza dengan prinsip kita yang sedia ada. Dari sini kita mampu menilai sejauh mana kita teguh dengan prinsip masing-masing. Resam peperiksaan, kita selalu diprovok dengan pilihan jawapan yang salah dalam MCQ. Namun apa yang kita selalu lakukan? Berfikir sejenak kemudian hitamkan jawapan yang diyakini, walaupun kadang-kadang ada juga yang ditembak bertalu-talu. Entah kena entah tidak. Itu cerita lain.

Jadi yang dikatakan matang itu ialah pemikirannya lebih terkedepan berbanding umurnya. Seperti Sultan Muhammad Al Fatih yang mewarisi pemerintahan bapa baginda sejak belasan tahun kemudian mampu mengaturkan strategi peperangan yang mantap untuk menakluk Constantinople. Bukan calang-calang orang mampu melakukan lagak demikian namun baginda berjaya lakukannya. Kerana apa? Kerana baginda sentiasa mendedahkan diri beliau dengan kerja politik bapa baginda walaupun dirinya muda jika dibandingkan dengan ayahnya.

Sekali lagi bandingkan usia baginda dan usia kita. 20 tahun masih lagi tidak kemana-mana. (Mesir itu kemana-mana lah!) Masih lagi men’skema’kan diri kita untuk hanya menerima input-input yang tertera dalam buku teks. Nerdlah bahasa mudahnya. Jika diajak untuk menyumbang bakti dalam PERUBATAN, itu dianggap sia-sia berbanding menghabiskan masa dalam Mafia Wars mahupun Farm Ville. Mahasiswa yang matang, selalunya sentiasa menjebakkan dirinya dalam the other side of a student life iaitu menuntut ilmu daripada pengalaman hidup. Lebih banyak pendedahan dunia luar, lebih banyak pengalaman, lebih mantap pemikiran.

Sejujurnya bagi saya, pengalamanlah pengajar terbaik. Pengalamanlah yang mengajar seorang menjadi lelaki matang yang dikasihi keluarganya, seorang pemimpin berfikiran matang justeru dikasihi rakyatnya dan seorang wanita matang yang disayangi anak-anaknya. Marilah mematangkan diri seperti The Letters of Avicenna ini mematangkan diri beliau setelah 3 tahun mengalami perubahan demi perubahan positif. Bandingkan saja dengan keluaran sulung TLOA pada sesi 2006/2007. Pasti perubahan besar yang akan anda dapati. Samalah juga dengan kita, matang itu adalah survivor factor dalam hidup. Dan matangnya PCI yang baru berumur 3 tahun ini, juga bergantung pada ahli-ahlinya yang matang dan bersikap professional dalam menjayakan misi dan visi PERUBATAN.

posted by Izyani Rosley @ 4:48 PM,


7 Comments:

At December 8, 2009 at 6:28 PM, Anonymous syimah said...

TLOA xde post comment..so, nk komen kt cni lah..

dh lma sy tggu artikel psl kematangan pemikiran...finally,it's in TLOA..best!penulisan yg ckup utk menilai diri kite ni matang ke x sbnanya..

n puji kak yani kt cni skali..hehe..hr tu kt kursus mentor, ade part yg kena tulis mentor yg aku idamkan..9 yg sy smpt listkan..1 of them, mentor yg matang..n sbnanya,sy prnah ade mentor sprt yg sy idamkan tu..it's u.xkan lupe sc 1st year...so, sbnanya,kak yani dah matang..tahniah!hihi

jg idung time baca komen ni..tkut kmpas kempis xprsn..haha

ntah knp suke mengomen dicni sjk akhir2 ni..  

At December 8, 2009 at 10:17 PM, Blogger Izyani Rosley said...

syimah ni lawak lah.

akk tau nape awk rase akk matures.sbb waktu tu akk taun 2, manakala awk lak taun 1.beza kot.

so skg sape yg kne mature up?awk lah sbb awk pun telah menjadi seorg mentor kan skrg ni.awk mature lah btw.same umo pun.:)

hidung slamat lagi, sbb pujian ni ape la sangat banding pujian kuih raya.haha.erk sori2 tak matured.

ahlan je nk komen, akk tak kesah.hehe  

At December 9, 2009 at 5:52 PM, Blogger Zahida binti Bakri said...

yani matang? heehee, siapa org utagha akan tau dia matang dak, keh3  

At December 9, 2009 at 11:47 PM, Blogger Nusaibah said...

"n sbnanya,sy prnah ade mentor sprt yg sy idamkan tu..it's u.xkan lupe sc 1st year..."

alololo....
touchingnyer...
sob2..

(^^,)

saya nak jadi matang gak....  

At December 10, 2009 at 12:02 AM, Blogger Izyani Rosley said...

huhu
(setiap post bukanlah bertujuan utk mengembangkan hidung sendiri)

zahida : setiap org ada rahsia, hg pun ada kan...:)

saibah : kak syimah mmg suka touching2 ni. :)  

At December 10, 2009 at 3:35 AM, Blogger nur hasyimah mat zin said...

haha...tgk,k.yani je pham sy suke touching2 ni..ngee..

saibah : jgn jeles naa

k.zda : k.zda nk matang gk ker?hehe..;P  

At December 10, 2009 at 11:29 AM, Blogger Izyani Rosley said...

oke dah tayah gado2, semua boleh jadi matang, dgn syarat..tuuuuuttt, cari sndri. hee

syimah, all the best utk sc kecik awk, smoge jadi sc yg subur jugak! :)

saibah pun, slamat la pgg sc taun depan :p

zda : err (speechless)