lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, January 24, 2010

Musyrif?

Itu tajuk saja. Sungguhnya tiada kaitan dengan post saya kali ini.

Musim berlalu meninggalkan banyak kenangan [ceh puitis pula!]dan datangnya musim baru membawa satu hidup baru kepada semua umumnya, saya juga khasnya. ya lah, sekarang saya ada anak-anak baru yang lebih banyak, saya ada tugasan baru yang sangat besar, saya ada matlamat baru yang perlu dicapai, dan saya ada masih ada sahabat-sahabat yang lama untuk saya teruskan perjuangan.

Jadi untuk perkara baru [the new nurul izyani], saya perlu mematangkan diri dengan penuh hikmah.Bantulah saya!Doakanlah saya!

Musyrif. Tau apa itu musyrif?
Sistem musyrif lebih specific. Tau apa itu sistem musyrif?

Sistem musyrif ialah salah satu sistem keselamatan yang digunapakai masyarakat Melayu di Mesir. Tidak ketinggalan di Alexandria, sistem ini masih lagi dijalankan secara meluas bagi membantu orang orang perempuan disini untuk berasa lebih selamat jika ada keperluan keluar rumah pada waktu malam. Jadi kerahan tenaga dilakukan dari kalangan orang orang lelaki yang bertanggungjawab untuk men'escort' akhawat (saudara perempuan) yang memerlukan bantuannya, dalam keadaan ikhtilat yang syari'e , terkawal dan tidak mengambil kesempatan.

Jadi bila diajukan kepada wanita kontemporari (medic alex), kebanyakannya kurang mahu untuk menggunakan sistem ini atas beberapa alasan yang best. Antaranya mahu menjaga hati, tidak mahu mengganggu musyrif dan segan dengan musyrif. Jadi untuk alasan-alasan ini, saya diamkan saja. Oh ha ada lagi satu alasan, Allah ada untuk jaga kita. Saya tersenyum sekali lagi.

Jadi kat sini bukanlah apa, bukanlah saya mahu suruh anda semua untuk mematuhi arahan saya untuk menggunakan musyrif ketika keluar malam [sebab kalau saya keluarkan arahan, ada yang berani ingkar ke?hehe :)], tapi mahu begi penegasan yang sebenarnya sistem musyrif diwujudkan bukanlah atas dasar ikhwah-yang-mahu-sangat-jaga-tepi-kain-akhawat, tapi atas dasar KESELAMATAN itu sendiri.

Ala, orang baik pun tak guna musyriff..
hee, untuk alasan ni, nak dengar satu cerita?

iaitu

err, orang baik tu, mak ayah dia tahu ke dia keluar malam?
jawablah. :D

Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu kisah. Kisah yang amat saya banggakan [hoho] iaitu tika kunjungan ibu bapa saya ke Mesir summer lepas. Saya berlagak seperti biasa, nak pegi ambik barang kat rumah kawan je pun, dekat je, tapi malamlah tapi, ibu bapa saya yang sangat innocent itu lantas mahu bersiap-siap juga untuk menemankan saya.[wah ayat skema].

Juga satu cerita. Kebetulan malam itu, baru balik meeting.Sembang dengan mak dan mak pelik yang teramat sangat bila cerita kena keluar malam.Perlu keluar malam.Begitu juga dengan kelas2 agama kat sini.Perlu keluar malam.

Jadi saya bercerita pada mereka tentang adanya sistem musyrif ini. Mereka lebih rasa lega jika bukan saya keluar keseorangan pada waktu malam.sebab kalau kat Malaysia, ada ke peluang anak dara keluar malam tanpa mak ayah?aib kot.err tapi tatau la kat bandar camna, saya kan orang kampung saja :)

Kesimpulannya, sistem musyrif ni mendapat approval dari mak saya. Kerna mak saya PASTI tak akan benarkan saya keluar malam sendirian kalau di Malaysia. Kat sini?lagi lah! Kena lah ada orang escort. :)

Tanya la diri masing masing. Keselamatan, kepercayaan dan tanggungjawab mak ayah kita.Yang pasti bukannya guna sistem ni untuk bergalok galok kan.

dan sebab kedua kenapa kena guna musyrif kalau keluar malam : Sebab ni satu peraturan dari PERUBATAN,Sila lah ikut :)

Mesti ada yang kata, Yani ni obses lah dengan musyrif.haha.sekadar menyampaikan saja..

Sebarang aduan kerosakan akhlak, silalah hubungi talian panas saya!

posted by Izyani Rosley @ 4:46 AM,


14 Comments:

At January 24, 2010 at 12:03 PM, Anonymous nourahmahabbah said...

haha..! antra alsn2 trsebut,ade yg pnah dgunakn oleh sy jg(trut mnskemakn ayt)...

msih blom brjaya gunakn musyrif btul2..huhu  

At January 24, 2010 at 3:46 PM, Anonymous sasraz said...

saya pun susah menggunakan khidmat tersebut.

alamak.
tiba-tiba rasa bersalah setelah secara tidak sengaja 'mendidik' beberapa manusia untuk mengikut perangai tidak baik saya itu.

oh.. taknak buat dah. saya akan menjadi budakbaik tidak lama lagi.insyaallah.

erm.. kat malaysia, jalan siang2 pon tak bg..hu  

At January 24, 2010 at 8:39 PM, Anonymous nourahmahabbah said...

ayat sarah trsangat la skema..haha
sy slh sorg anak murid sarah..anak didik sorg lg x msuk komen lg nih  

At January 24, 2010 at 11:29 PM, Blogger Izyani Rosley said...

hoho,
ade org terase nampak.takpe, pencegahan lebih baik dari mengubat walaupun drugs lagi mahal n untung die lebih bagi golongan macam kita :)

ah merapu lagi.

ala, kdg2, rasa malas tu lebih dari rasa takut kan..biasa la tu, akk pun pernah je rase cmtu tp skali kne tego, huahua, baru padan muke.

ingat mak ayah je senang cite :)  

At January 24, 2010 at 11:35 PM, Anonymous k.nawar said...

hoho..akhirnya terbit jua entri ptama cik yani utk sesi ni..hehe..

Teringat dulu2, my brothers are my loyal excort. Even sek blkg umah, kalo ada class malam, pasti dua org hulubalang ni teman...
Sekarang?

mungkin atas nama berdikari, melatih diri, sume org pun pilih cara sendiri..

xpe2..what is good will benefit others i.a..  

At January 25, 2010 at 3:02 AM, Blogger Izyani Rosley said...

woho kak nawwar baca blog saya?terharu!

hehe, kdg2 peraturan bukan semua org boleh ikut kan..even saya pun.hoho,
tapi the other side of story knapa peraturan tu dibuat, ada jugakla rasional dia kan..its okay nk pilih mana2, hak asasi manusia ni salah satu pilih jalan sendiri,so, best man think wise.mcm kak nawwar.hehe  

At January 25, 2010 at 6:35 AM, Blogger nhanunmr said...

sy:ma,nk kluar mlm ni bleh?nk shopping release tension after exm..
mak sy:bwk musyrif x?
sy:erk!

hahahha..
*sy ank didik bru sarah*=p  

At January 25, 2010 at 6:53 AM, Blogger Izyani Rosley said...

whoa bagusnye mak awak.ibu mithali tu.

akak:nak keluar ada musyrif tak?
anak akak:errr..
akak:tade2, sile panggil musrep skrg
anak akak:hoho, baik mak.

akak memang contoh ibu mithali kan :)  

At January 26, 2010 at 7:24 PM, Anonymous sasraz said...

to syimah
-bukan ke sarah ni memang skema ke orangnya? =p

to kyani
-saya pun da pernah kene marah..

to hanun
-cg nak ubah perangai ni. anak murid kene ikut jugak la deh..hehe  

At January 27, 2010 at 1:13 PM, Blogger Izyani Rosley said...

haha sarah,
akk ade dgr ade org tu baru je kantoi ngan pak musrip.betul ea?

tahniah akk ucapkan, usaha lagi pasni :P  

At February 8, 2010 at 11:25 PM, Anonymous hikmah kembara said...

salam ziarah..... :)  

At March 5, 2010 at 5:14 PM, Blogger HYMKI said...

geez...
terjatuh
terduduk
terjelepok
dan terbaring
(apabila terasa)

perlu cari titik ketidakmalasan dan ketidakseganan untuk meminta musyrif!  

At March 22, 2010 at 8:02 PM, Anonymous Anonymous said...

bergalok-galok
hurmmm....  

At March 24, 2010 at 6:17 AM, Blogger Izyani Rosley said...

slmt mncari jalan :)

knape ngan galok2?