lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Friday, July 2, 2010

Dalam masa 10 tahun. lagi.

Bila saya letak statement ini pada status YM saya, semua fikir tentang hidup saya. Mahu kahwin kata mereka. Saya faham di kawasan saya sedang ada sebaran pemikiran perlu-tamatkan-masa-bujang-dalam-masa-terdekat iaitu lebih mesra bila disebut sebagai kahwin.

Sungguhnya bukan itu yang saya fikirkan (walaupun kadang kadang gossip itu hinggap juga ke telinga) Namun yang lebih memberikan satu impak untuk saya terus berfikir ialah :


DALAM MASA SEPULUH TAHUN LAGI, apa akan jadi pada kita, pada dunia.

Pada Malaysia khususnya.

Untuk bercakap tentang kes buang bayi dimerata tempat, sudah tidak up-to-date orang kata. Masing-masing sudah faham hakikat apa yang menyebabkan orang masih suka buang bayi. Tak perlu saya ulaskan lagi kenapa perlu buang bayi. Mungkin satu perkara pembuang bayi kurang sedar, Bayi apabila besar menjadi manusia dewasa, organ mereka dapat digunakan untuk orang yang memerlukan organ mereka.

Tapi teruk sangat untuk berfikir seperti itu. Tapi yang pastinya mereka kurang sedar yang bayi itu teraniaya, terus masuk syurga, mampu memberikan syafaat dan doanya bakal mengheret manusia-asal-usulnya ke mana saja yang dia mahu. Saya lebih bayangkan Neraka berbanding syurga tak tahulah mengapa.

Eh kata tak mahu ulas tapi panjang pula. Oke sudah, berhenti.

Berbalik kepada 10-tahun-lagi-apa-akan-jadi. Fokus kita.

Dalam pada itu, semua ahli politik mula mengenepikan punca berlakunya semua ini. Semua sibuk berebut kerusi tanpa menghiraukan amar makruf yang utamanya mereka bawa (semua yang saya maksudkan ialah kebanyakan). Bila kes baru timbul, barulah mencari penyelesaian cara Islam. Atas alasan Islam itu agama rasmi tapi apa yang saya rasa apa yang sebahagian mereka fikir, ialah penyelesaian cara Islam itu kurang beratnya. (Kerana Islam lebih mementingkan kefahaman mengapa mereka dihukum berbanding teruknya mereka diseksa secara fizikal) namun apa yang terjadi sekarang, manusia moden sudah kurang mahu berfikir.

Maka selepas itu keluar pula statistik yang macam-macam. Yang menghisap dadah, yang membunuh orang, yang merogol orang, yang merompak orang, yang membunuh orang dan yang macam-macam lagi jenayahnya.

Dan terbaru statistik berapa orang yang dilahirkan tanpa BAPA.

penyelesaian bagi masalah yang pelbagai itu, banyak dendanya, banyak samannya, banyak penjaranya, dan banyak lagi caturan yang diberi kepada pesalah.

Saya cuba bayangkan apa pula penyelesaian spesifik bagi masalah yang lahir tanpa bapa ini, mungkin penyelesaiannya akan jadi seperti ini :

Siapa yang lahir tanpa bapa tidak perlu mendaftarkan kelahiran.

Maka statistik yang lahir tanpa bapa akan berkurangan. Dan tertutuplah kes lahir tanpa bapa dari pengetahuan umum.

Den seterusnya orang akan terus mencaci kenapa sebahagian yang faham akan Islam selalu sangat bagi pamplet pasal zina.

Suruh jauhi zina.

Suruh mengelak dari terjadinya zina

Suruh menegur bibit zina.

Suruh macam macam lagi yang kurang ada kaitannya dengan zina.

Kerana apa pun kadang kadang tak nampak apa kesannya.

Bila diterangkan " Dua puluh tahun lagi saya tak mahu yang menjadi pemimpin pelajar seperti kita-kita, ialah dari keluarga porak poranda tanpa bapa yang tahu mengajarkan agama Islam kepada anaknya, saya tak mahu kawan anak saya nanti ialah yang mampu mengajak anak saya kepada zina. Saya tak mahu perkara zina itu amalan seharian bagi kawan-kawan anak saya nanti." Tak pasti orang faham dan mampu terima atau tak.

Oh Allah saya sangat risau. Kalaupun saya *hilang* sekarang mungkinkah ada lagi yang masih mahu mempertahankan Islam ini?

Ada lagi yang akan bagi sokongan pada kawan perjuangan untuk teruskan langkah mereka?

Ada lagi tak telinga yang mahu mendengar ajakan Allah ini?

Ada lagi yang mampu istiqamah dengan cara hidup Islam?

Allah menjaga agamaNya, namun masih adakah dalam masa 20 tahun lagi, yang telinganya matanya dan hatinya sensitif dengan seruan kebaikan dunia akhirat ini?

...............

Saya Yakin. Masih lagi ADA..itu jawapan yang optimis untuk semua soalan di atas.

Kerana saya yakin ada yang berumah tangga dengan meletakkan Islam sebagai asasnya. Saya bergembira untuk mereka. Kerana mereka jelas apa tujuan perjalanan rumah tangga mereka. (macam kaunselor rumah tangga pulak)

LETAKKAN KEFAHAMAN kenapa sekarang anda mahu berkahwin. Supaya anak-anak saya nanti ada kawan untuk teruskan kerja-kerja JAKSI* nanti :)

*hilang = mati.
*JAKSI = badan amar makruf dan Nahi mungkar di lokaliti bumi Iskandariah, Mesir.

posted by Izyani Rosley @ 11:37 PM,


4 Comments:

At July 3, 2010 at 1:08 AM, Anonymous nourah mahabbah said...

gud2..brfikiran jauh =)

dlm msa 10 thn akan dtg, kalo keadaan ni x brubah...nk didik anak2 mmg sgt susah...hntr skolah agama pun blum trjamin dpt ke tak utk melahirkan seorg mujahid/mujahidah baru..bkn kutuk sklh agama, sy pun sklh agama..dan sy nmpk sdiri variasi pljr sklh agama...dlm setandan pisang, ade jgk yg rosak. ini zaman skrg, 10 thn lg x dpt nk bygkan lagi lah..

sbb tu x blh putus asa...kuat3!

n psl penyebaran pemikiran-tamatkan-zaman-bujang-dalam-masa-terdekat tu,ade kaitan jgk sbnrnye..sbb kalo baik permulaannya, insyaAllah baik lah penghujungnya...amiin.

pjg plak...tu la update jrg2 sgt..=)  

At July 3, 2010 at 1:22 AM, Blogger Izyani Rosley said...

aha lajunye komen. esok nk exam kan :p

akk support yang mahu kahwin awal atas dasar nak majukan agama mereka. kerana paling kurang asas islam pasti dia ada. sebab tu rasa kahwin ni lengkapkan agama dia.

syimah pun, akk support walopun muda 5o hari je dr akk :p

sebab manusia perlu tau kawin ni bukan tempat luahkan nafsu terpendam macam gunung berapi. tapi kat situ mulanya pembinaan masyarakat yang lebih besar kekuatannya. mcm pro plak sembang bab kawin ni.

apa pun, Islam dan ajarannya itu yang patut kita fahami betul2, bukan main taram aje.

mcm akk pun, dulu boleh kata sangat jahil, tapi once sampai sini baru akk jadi manusia. manusia yang lebih jelas Islamnya.

kita kena improve, itu pointnya. ya jangan putus asa..

jarang update sebab banyak sangat idea dalam kepala tak tau nk rembeskan mana dulu :p

alasan lagi! :)  

At July 6, 2010 at 4:05 AM, Blogger dalilyD-LA~~ said...

yani,nk kad



kad raye je
kad jemputan lame lg kn
hahahaha
:P  

At July 6, 2010 at 10:13 AM, Blogger Izyani Rosley said...

haaaa, kalo nak kad raya, dtg umah dlu. nanti aku buat kad on the spot :p